Sunday, February 3, 2008

Hukum melabur dalam ASN dan ASB adalah harus

KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.
“Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.

Harian Metro Ahad 3 February 2008

Huraian daripada majlis fatwa Perak seperti berikut:-

Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1
Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasanalasan
syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :
“Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala
keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL”.
Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :

1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi
membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang
bermuamalah atas jalan kirad. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal
lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang
terdapat didalam kitab.

2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat
dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek
ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.


Mufti Sarawak :


Kategori : Muamalat
Tajuk : Hukum Melabur Dalam ASN Dan ASB

Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN).